Wednesday, September 2, 2009

Bismillahirrahmanirrahim.artikel ini adalah untuk sama2 kita berkongsi pandangan dalam setiap apa yang berlaku perlu ada saling tolong-menolong antara satu sama yang lain.kadang2 kita lihat permulaan seorang pemimpin itu perlu ada kepadanya tahap kenyakinan pada diri sendiri, tetapi apabila seseorang itu masih dalam keadaan keraguan @ tidak ada rasa kenyakinan menyebabkan seseorang itu akan mudah cepat rasa putus asa atau sebagainya.perlu kita ingat bahawa untuk melantik kepimpinan ini kita perlu prihatin dalam setiap perkara maknanya kita pandai menilai yang mana kualiti dan yang mana kuantiti.kadang-kadang penilaian seseorang manusia itu perlu kita lihat untuk menilai dengan sebaik-baiknya, ini menunjukkan bahawa penilaian Allah lebih tepat daripada penilaian manusia.jadi ingatlah bahawa setiap apa yang kita buat yakinlah, setiap apa yang telah diberikan kepada kita mungkin itu adalah pengharapan daripada sahabat kita dalam melihat keyakinan mereka terhadap kita dengan rasa tanggungjawab mereka kepada kita.Dalam pada masa yang sama seseorang yang memegang tompok kepimpinan ini banyak cabaran dan dugaan yang mendatang dalam setiap perkara.ini menunjukkan bahawa perlu ada pada seseorang pemimpin itu sifat kesabaran, ketabahan dan keinsafan dalam setiap aspek untuk memudahkan penerimaan dengan rasa hati yang tenang dan terbuka.mudah2an video yang kita saksikan ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada kita tentang kisah sultan muhammad al-fatih seharusnya menjadi teladan dan dorongan buat umat Islam masa kini. dengan izin ALLAH,al-fatih berjaya menawan constantinople(kini istanbul) yang diakui sebagai kubu perang yang paling strategik dalam dunia. malah napoleon sendiri pernah berkata “kalaulah seluruh dunia ini merupakan sebuah negara, maka constantinople sahaja yang layak menjadi ibu negaranya.” ini menunjukkan betapa hebatmya sultan muhammad al-fatih yang telah berjaya menawan constantinople yang disifatkan sebagai kawasan paling strategik dalam dunia. ini sepatutnya menjadi dorongan untuk kita bangkit berjuang mempertahankan ISLAM(palestin dan gaza khususnya) dari musuh-musuh ALLAH, yahudi israel LAKNATULLAH dan sekutunya amerika.ALLAHUAKBAR

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Pendahuluan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan ni'mat iman dan islam dapat sama-...